Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya 1434H. Berkat Hari Raya

Kini kembali semula menulis setelah sekian lama tergendala dengan kerja dan aktiviti lain.
Raya kali ini disambut di Jengka 1, Pahang. Pada hari raya kedua, barulah balik ke muar untuk bertemu ibu di kampung.



Pada 13 Ogos 2013, pergi ke SSM di Shah Alam untuk menubuhkan syarikat. Proses penubuhan syarikat tidak lama iaitu selama 1 jam sahaja. Hadir bersama anak sulong iaitu Arham Khairul Anuar. Selesai sahaja mendapat sijil, kami ke seksyen 2 shah alam untuk membuat cop perniagaan.



Kemudian balik ke rumah untuk sembahyang zohor dan keluar untuk membuka akaun semasa di CIMB seksyen 18. Alhamdulilah segala proses berjalan dengan lancar. Ini adalah langkah pertama kami untuk menjalankan perniagaan. Mengambil contoh nabi kita Nabi Muhammad SAW berniaga. Teras utama perniagaan adalah untuk membekal tayar dan bahan pelincir kenderaan. Kami bertindak sebagai pembekal. Langkah selanjutnya adalah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi tujuan menyertai tender atau sebutharga kerajaan.



Kepada rakan rakan di luar sana yang berniaga di dalam bidang ini boleh kita berkerjasama jika berjumpa di mana mana.Kalau ada pihak yang mahukan bekalan tayar dan minyak pelincir jenama CASTROL boleh memajukan sebutharga untuk diisi oleh kami.



Doakan agar perniagaan ini berjaya. Amin.

No comments:

Post a Comment