Saturday, May 21, 2011

Terkini gambar keruntuhan asrama anak yatim hidayah Madrasah al Taqwa





kisah sedih tragedi Tanah Runtuh menimpa Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.
rumahanakyatimaltakwa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.
mangsatanahruntuh Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

mangsatanahruntuh1 Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. ”Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

No comments:

Post a Comment