Friday, December 25, 2015

Usahawan Sepenuh Masa

Bermula 25 Disember 2015, aku memulakan penulisan yang telah lama tertangguh.Begitu pantas masa berlalu,dari mula menubuhkan syarikat hinggalah sekarang telah mendapat pelbagai kontrak pembekalan. Syarikat sedang mengemukakan pendaftaran GST.ALHAMDULILLAH.

Misi 2016 adalah untuk terus berjuang mendapatkan lebih banyak kontrak demi kestabilan syarikat. Kami merupakan oembekal alat tulis,kertas dan mesin pejabat seperti shredder dari pelbagai jenama seperti IDEAL,HSM EBA dan lain lain.



Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya 1434H. Berkat Hari Raya

Kini kembali semula menulis setelah sekian lama tergendala dengan kerja dan aktiviti lain.
Raya kali ini disambut di Jengka 1, Pahang. Pada hari raya kedua, barulah balik ke muar untuk bertemu ibu di kampung.



Pada 13 Ogos 2013, pergi ke SSM di Shah Alam untuk menubuhkan syarikat. Proses penubuhan syarikat tidak lama iaitu selama 1 jam sahaja. Hadir bersama anak sulong iaitu Arham Khairul Anuar. Selesai sahaja mendapat sijil, kami ke seksyen 2 shah alam untuk membuat cop perniagaan.



Kemudian balik ke rumah untuk sembahyang zohor dan keluar untuk membuka akaun semasa di CIMB seksyen 18. Alhamdulilah segala proses berjalan dengan lancar. Ini adalah langkah pertama kami untuk menjalankan perniagaan. Mengambil contoh nabi kita Nabi Muhammad SAW berniaga. Teras utama perniagaan adalah untuk membekal tayar dan bahan pelincir kenderaan. Kami bertindak sebagai pembekal. Langkah selanjutnya adalah untuk berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi tujuan menyertai tender atau sebutharga kerajaan.



Kepada rakan rakan di luar sana yang berniaga di dalam bidang ini boleh kita berkerjasama jika berjumpa di mana mana.Kalau ada pihak yang mahukan bekalan tayar dan minyak pelincir jenama CASTROL boleh memajukan sebutharga untuk diisi oleh kami.



Doakan agar perniagaan ini berjaya. Amin.

Saturday, May 21, 2011

Terkini gambar keruntuhan asrama anak yatim hidayah Madrasah al Taqwa





kisah sedih tragedi Tanah Runtuh menimpa Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.
rumahanakyatimaltakwa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis

Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.
mangsatanahruntuh Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar Mangsa tanah runtuh - dari Berita Harian Online

mangsatanahruntuh1 Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Takwa, Hulu Langat

Gambar mangsa tanah runtuh - thestar.com..my

Kepada yang terlibat harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.

AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.

Update TERKINI

1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian

2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. ”Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Saturday, May 14, 2011

Khidmat Masyarakat..Sila Lapor kepada Polis!!

1. Wajah pelaku jenayah simbah asid telah dikeluarkan oleh pihak Polis. Diminta kepada sesiapa yang kenal atau pernah ternampak pelaku seperti di bawah untuk segera melaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia.


2. Pelaku pada masa ini masih lagi bebas berkeliaran untuk mencari mangsa seterusnya khususnya wanita.Modus operandi adalah dengan menunggang motosikal Ex5 dan menyimbah asid kepada mangsa bagi kepuasan dirinya..Adalah dinasihatkan agar wanita untuk tidak menurunkan tingkap ketika memandu dan apabila berjalan perlulah berteman dengan kawan kawan.

Khidmat masyarakat ini dibawakan oleh 1Malaysia Blogger

Thursday, May 12, 2011

Ayat Seribu Dinar


Assalam, Ayat ini amat bagus diamalkan setiap hari bagi memohon dikurniakan rezeki dari ALLAH SWT..
Sekadar untuk berkongsi ilmu kepada pembaca sekalian

Wednesday, May 11, 2011

Arham

1. Arham adalah anak aku yang sulung..baru masuk 2 tahun 5 bulan ...memang seorang kanak kanak yg petah bercakap..kadang2 kita pun tak tahu yang vocab dia dah banyak..hehe..Buat masa nie smpai hujung minggu nie, arham dibawah jagaan aku.. sayang nak letak kat school dia.

pagi tadi aku bawak dia jalan pi basuh kereta kat caltex seksyen 22 shah alam..bangla kat situ geram betul dengan dia..yg bestnya si arham nie siap boleh borak2 lagi layan bangla tu walaupun butir perbualan dia aku pun tak berapa faham..

3. pastu aku bawak dia pi makan kat sup utara di seksyen 18.. baru order n dudukkan dia kat kerusi baby, aku tgk mata dia dah nak tido.huhu..aku terus suruh bungkus

and dukung dia masuk dalam kereta..dalam kereta dia bantai tido smapi kerumah..

Tuesday, May 10, 2011

Another day another sunset

1. Hari nie aku, wife n arham settlekan untuk penamatan insuran kereta lama aku di Amassurance di bukit raja, klang.. urusan tak lama, pihak insuran akan pulang semula duit insuran yang aku dah bayar sebab aku tamatkan awal daripada tempoh sah laku..so dapatlah dalam RM190.00..jadilah... then terus cargas ke glenmarie untuk hantar dokumen tu pada salesman honda untuk diberikan kepada pihak used car yang amik kereta lama aku tu. Dalam perjalanan, maybank call dan offer aku kad kredit diaorang..bual2 siap tanya2 then aku pun setuju untuk grab the offer..so dalam tempoh seminggu kad kredit aku siap..

2. Lepas tu aku gerak ke restoran jayanti seksyen 13 shah alam untuk makan tengah hari kat sana..amik lauk asam pedas dengan ikan keli berlada..puhhhhhhh sedapnya!! walaupun ringkas aku rasa kenyang yang amat...balik rumah, wife aku bawak kereta baru ke office lak. Arham aku jaga.Sampai2 rumah arham siap sambung tido lagi tu..lepas dia jaga, aku suapkan nasi sambil bukak vcd 'backyardigan' untuk dia layan...hehehe